Tuesday, May 31, 2011

SIMPULAN MASA

Penulis: Hj Muhammad Imran b Ibrahim
Simpulan Masa


Aku datang
ke dataran ini
bekal hanya sebatang pena
menukil kisah silam
yang tercatat
pada ukiran masa
bersama peradaban yang tenggelam
begitu lama !


Aku lihat
pada dataran itu
cebisan demi cebisan bersisa
ditinggalkan untuk tatapan kita
umat akhir zaman
yang kerdil
sebagai cermin untuk diri
siapakah kita
jika mahu di bandingkan dengan mereka?


Aku ambil
di dataran ini
simpulan demi simpulan masa
lalu kurangkumkan ia
menjadi titik putih
yang akan kita corakkan bersama
agar umat ini
kembali membuka mindanya
kerana Tuhan tidak akan mengubah nasib umat
melainkan yang mengubahnya
adalah kita…….!


Nukilan:
Al Faqir Ilallah
Hj Muhammad Imran b Ibrahim
1432 H/ 2001 M
Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment