Wednesday, July 21, 2010

Bahagian B (Karangan Laras Sains)

Penulis: Anonymous
Penyakit Kardiovaskular



1. Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan langkah-langkah pencegahan yang efektif.

Pengenalan:
Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia. Amalan gaya hidup seseorang dikatakan faktor penyumbang penyakit ini.

Punca:
1. Amalan pemakanan / diet
Pemakanan yang tidak seimbang, kandungan lemak, kolesterol, gula tinggi. Darah pekat, arteri / salur darah tersumbat. Memberi tekanan kepada jantung - menjadi lemah. Kekurangan oksigen ke otak – menyebabkan strok.

2. Obesiti
Keupayaan jantung mengepam darah terbatas kerana kandungan kolesterol berlebihan di arteri. Memaksa jantung bekerja keras untuk menghantar darah ke seluruh badan. Kegagalan jantung gagal mengepam darah menyebabkan angina ahmar/strok.

3. Gaya hidup
Pengambilan alkohol, merokok mengganggu fungsi jantung. Nikotin / tar dalam rokok akan mempercepatkan proses pengumpulan lemak di arteri – menyempitkan saluran darah dan menyebabkan denyutan jantung laju.
Kurang bersenam – sistem badan menjadi lemah dan organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

4. Pemeriksaan / rawatan
Pemeriksaan awal tidak dilakukan. Tidak mengetahui tanda awal / diagnosis penyakit. – kes berlanjutan menyebabkan strok

5. Tekanan / stress
Tekanan kerja menyebabkan perubahan hormon- berlaku ketidakseimbangan dalam rutin harian, contoh amalan pemakanan akan berubah . Tidak mengimbangi stress dengan kaedah renggangan seperti bersenam - Menyebabkan serangan neurosis dan psikosis .

Langkah
6. Diet yang seimbang
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang- makanan berkhasiat yang diperlukan untuk membina sistem badan yang dapat mengurang risiko jangkitan penyakit.

7. Amalan gaya hidup sihat
Menjauhi amalan merokok, pengambilan alkohol. Melakukan senaman atau pergerakan psikomotor, rekreasi.

8. Rawatan berkala
Mendapatkan rawatan untuk mengesan tanda-tanda awal / diagnosis penyakit. Dapat mengelakkan serangan tahap kritikal.

Kesimpulan:
Diet yang seimbang dan amalan hidup yang positif mampu mencegah penyakit ini

skema : 2 punca + 2 langkah

PENGENALAN GRAF BAR

Nota dalam Format Word, Tekan SINI

PEMANASAN GLOBAL

Nota dalam Format Word, Tekan SINI

KERENAH BIROKRASI

Nota dalam Format Word, Tekan SINI

Monday, June 21, 2010

Video Pencemaran Alam Sekitar

ALAM SEKITAR

Penulis: Anonymous
Alam Sekitar


Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

Water


Ada beberapa negara di dunia air sungainya yang segar mengalir dengan bebas dalam kedaan yang melimpah. Di Malaysia curahan hujannya adalah tinggi , oleh sebab itu sangat mudah untuk memperolehi air segar pada bila-bila masa .Namun begitu sebenarnya Malaysia kini berada di ambang krisis air besar dan memerlukan usaha dari semua warga negara untuk membantu memperbaiki situasi tersebut.

Berikut ini adalah daftar hal-hal yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan penggunaan air:

  • Turn the tap off while brushing your teeth.
  • Use a basin of water for shaving
  • Take quick showers rather than baths
  • Make sure all leaks are fixed
  • Install low and dual flush cisterns
  • Install low flow shower heads and faucet aerators (which disperses water, making it more efficient)
  • Use grey water (water used for washing) to water plants
  • Water plants in the morning and evenings. Watering during midday heightens evaporation and leaves less for the plants
  • Wash dishes with a tub of water instead of running the tap
On top of conserving water, it is important to ensure that we prevent our drinking water from being polluted. These are steps we can take to guard against water pollution.

Do not throw in the trash, pour down the drain or dump on the ground paint, antifreeze, motor oil, and other household hazardous wastes, because they can migrate to your water source.

Plant native plants instead of traditional lawn grass to avoid the use of herbicies, pesticides and fertilizers.
 
Waste and Recycling


Issues with overflowing landfill sites are a problem in many countries and Malaysia is no exception. Some countries are attempting to overcome this problem by incinerating the waste. However, the quantum of waste which is incinerated is small and incineration is not without its problems.

We have to do our part in ensuring that the amount of waste going to landfills is kept at a minimum. These are things we can do :

Reduce
  • Bring your own bags when doing grocery shopping instead of using plastic bags.
  • Buy in bulk. This will save you money and also reduce the amount of packaging used.
Reuse
  • Bring your own to the office instead of using disposable cups
  • Buy reusable containers for storing food
  • Buy sturdy grocery shopping bags which can be reused again and again
  • Bring your own container when buying takeout food
  • Use energy efficient light bulbs which not only lasts longer, but save on electricity as well
  • Sell or donate goods which you no longer want to use
  • Use rechargeable batteries

 Recycle

  • Participate in your community recycling programme (if there are no programmes, start one)
  • Recycle car batteries and motor oils
  • Separate your rubbish into recyclable and non-recyclable
  • Start a composit pit using your organic waste (but not in highly populated areas as this can attract rodents and pests). This becomes good and natural fertilizer for our plants
  • Use items which have been made from recycled materials (toilet paper, bottles, containers)
Pemuliharan


Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan.

Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.

Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil:
  • Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang boleh mencemarkan sungai dan lautan
  • Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen
  • Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat.
  • Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.
  • Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.
  • Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).
  • Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.
  • Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lain-lain.
Udara


Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini, seperti udara yang kita hirup. Namun, ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto.

Sebagai peserta, Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan peghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.
  • Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.
  • Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.
  • Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.
  • Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.
  • Janagan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.
  • Elakkan pembakaran secara terbuka.

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B


Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.

Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.


RUMUS ICU

I - IDEA UTAMA

Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.

Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.


ISI LANJUTAN.

Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .

C - CONTOH

Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.

U - ULASAN

Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.

Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.

Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.

Idea Utama  : Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.


Idea Lanjutan : Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.


Contoh  : Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah,seks rambang dan juga jenayah kecurianakan berlaku di kawasan ini.


Ulasan : Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.

(Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkan.)